Pages

Monday, September 9, 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t...=) Alhamdulillah diberi kesempatan kembali untuk mewujudkan laman ini.Baiklah, kita mulakan pembukaan entry baru ni dengan perkenalan diri...=)Nama aku ialah Nur Amira binti ishak.Memadai dengan panggilan mira.Syukur Alhamdulillah sudah berumah tangga pada 23 jan 2013 bersamaan dengan 12 rabiulawal 1434..Insyaallah bakal mempunyai cahaya mata pada hujung pertengahan bulan disember 2013..
Janji Tuhan, Setiap yang dijadikanNya pasti berpasangan.Ajal maut, Jodoh pertemuan segalanya aku serahkan pada Tuhan.Pada awalnya memang agak memilih dan terlalu mengikut kehendak sendiri.Al maklumlah darah tengah muda masa tu, semua yang kita nak ada ketikanya bertentangan dengan aturan yang telah ditetapkan.Syukur, Allah gerakkan hati kami untuk mendirikan rumah tanpa ada rasa ragu.Allah wujudkan niat dihati walaupun masa tu kami langsung tidak mengenali antara satu sama lain.Pada Awalnya aku suarakan niat pada kakak saudara(k.ida) yang kebetulan menjadi rakan sepejabat ditempat kerjaku untuk berkahwin.Dalam masa yang sama aku tidak ada Someone special yang ikhlas utk jadikan aku suri dalam hidupnya.Kebetulan, suami ketika itu memang dalam "pencarian isteri solehah" hihihih.Macam pasangan-pasangan lain, aku juga mengalami tempoh pengenalan.BerSMS & berBBM.Perkenalan kami xlama.Bulan 10 kami berkenalan, bulan 1 kami decide untuk mendirikan rumah tangga.Alhamdulillah hubungan kami direstui kedua belah pihak.Mak ayah aku berkenan dengan suami.Mak mana yang xnak anak hidup bahagia, kan?Soal pilihan, mak dan ayah tidak pernah merancang dan memilih bagi pihak aku.Semuanya atas aku.Asalkan baik keturunannya, cukup agamanya, tingkahlakunya dan mampu untuk menjaga aku & anak-anak kelak.ITU PALING PENTING. Alhamdulillah sekarang hampir sembilan bergelar seoarang isteri kepada seorang lelaki yang diamanahkan untukku.Dan sekarang kami bakal bergelar papa & mama pada anak yang bakal lahir nanti..
"abang, terima kasih...Demi Allah mira sayang abg!"